Free Web Hosting  

PETUA

RUANGAN IKLAN PENAJA


 

Warisan budaya masyarakat Malaysia sememangnya banyak menyimpan 1001 satu macam petua dan panduan di dalam sebagai khazanah bangsa yang sangat bernilai. Petua-petua ini amat berguna terutamanya di dalam keadaan-keadaan yang terdesak.

Sebagai contoh, pernahkah anda mengalami sakit gigi? Anda yang pernah mengalami sakit gigi tentu akan merasa azabnya tambahan pula mungkin "takut" pula hendak berjumpa doktor dan hari sudah jauh malam pula. Jadi bagaimana? Petuanya, ambil beberapa cengkih dan tumbuk lumat dan kemudian letakkan pada gigi anda yang sedang kesakitan tersebut. Insyallah , ianya dapat melegakan kesakitan gigi anda tersebut.

Di dalam ruangan 1001 Petua ini , di senaraikan petua-petua yang popular dan mungkin yang menjadi rahsia selama ini di dalam menangani sebarang masalah-masalah di dalam kehidupan .Di harap sama-sama kita dapat menafaatkannya

WAJAH MUKA

Kedut-kedut Muka

Kedut-kedut di muka memang ditakuti oleh kaum wanita. Untuk melambatkan kedut-kedut ini timbul , parut sebiji lobak merah dicampurkan dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji merah telur. Campurkan semua ramuan dan kacau rata. Sapukan di tempat yang berkedut selama 20 minit barulah dicuci.

  

  

Mencerahkan kulit

Untuk mendapatkan kulit yang cerah sebenarnya mudah dan tidak memerlukan belanja yang tinggi . Caranya ambil campuran tepung kastad dan parutan timun (ambil bahagian pangkalnya sahaja). Selepas itu sapukan campuran tadi pada seluruh muka. Amalkan selama dua minggu berturut-turut . Insyallah kulit akan bertambah halus dan berseri.

 

 

  

 

Menaikkan Seri Muka

Kisar lobak merah, segenggam beras dan setengah inci kunyit hidup dicampur dengan sedikit air (setengah cawan) dengan pengisar. Jangan terlalu cair. Setelah lumat campurkan limau nipis yang telah diperah airnya dan dua biji putih telur. Sapukan masker ini pada muka selama satu jam sehingga kering. Basuh dan bilas dengan air sejuk untuk mengelakkan minyak pada muka hilang hingga bersih. Kemudian ambil semangkuk air panas , tuala dan wapkan ke muka . amalkan 3 kali seminggu selama dua minggu .

 

 

 

Menghapuskan Panau

Kepada sesiapa yang mengalami masalah panau , cuba ambil sedikit belerang , tumbuk halus . Kemudian campuran dengan sedikit perahan limau nipis , gaulkan dan biarkan ia sedikit berair.

Sapu dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang berpanau setiap malam sebelum tidur . Insyallah panau akan hilang dalam tempoh seminggu.

 

 

 Menghilangkan Bintik-bintik hitam

Ambil jagung muda yang sudah diparut kemudian sapukan ke bahagian bintik-bintik tersebut . Sapukan beberapa kali seminggu ,

 

RAMBUT

Lebatkan Rambut

Ramai juga orang yang mengalami masalah rambut kerana penggunaan shampoo yang tidak sesuai dengan diri masing-masing. Untuk mengatasinya, ambil sedikit minyak sapi , cairkan ia dengan memanaskan seketika di atas api yang sederhana. Kemudian setelah sejuk , sapukan pada rambut sehingga ke pangkalnya. Kemudian bungkus kepala anda dengan tuala bersih dan biarkan semalaman. Sebaik-baiknya lakukan sebelum masuk tidur dan basuhlah keesokkannya. Amalkan tiga kali seminggu , Insyallah rambut anda akan bertambah lebat dan hitam berkilat. 

 

 

 

 

Mewangikan Rambut

Rambut adalah mahkota wanita. Untuk mendapatkan rambut yang wangi , ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala . Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci sehingga bersih. Limau nipis ini juga boleh menyejukkan kepala dan seterusnya menghilangkan pening kepala.

 

 

 

 

Mengelakkan Perut Buncit

Perut yang buncit akan menghodohkan penampilan seseorang tidak kira wanita mahupun lelaki. Untuk mendapatkan perut yang kempis , cuba ambil sedikit kapur sirih , sedikit minyak kayu putih dan beberapa titisan perahan limau nipis. Gaulkan campuran tadi sehingga rata , kemudian bolehlah lumurkan ke seluruh bahagian perut yang buncit. Biarkan ia kering dan pakailah bengkung selama beberapa jam sehari . Amalkan setiap pagi dan petang , insyallah anda akan kagum dengan perbezaannya.

 

 

 

 

Hilangkan Bulu Ketiak

Untuk menghilangkan bulu ketiak dan menjadikan ketiak anda agar licin, cuba ambil serbuk lada sulah yang siap ditumbuk , tiga biji kapur barus dan gaulkan sehingga rata dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Insyallah , secara berperingkat , bulu ketiak akan gugur dan tidak akan tumbuh lagi.

 

atau

 

Hilangkan bulu ketiak

Tumbuk lumat 15 biji jintan putih bersama lima butir kapur barus . Campurkan sedikit minyak tanah . Sapukan pada ketiak . bulu ketiak akan hilang selepas sapuan beberapa kali.

 

 

 

Insomnia (Tak boleh tidur)

Bancuh jus buah lemon dan limau gedang (grape fruit) dengan air panas dan terus diminum sebelum tidur. Kaedah lain ialah dengan rebus epal yang telah dihancurkan bersama sedikit cengkih dan kulit kayu manis . Minum semasa air masih suam. Lain minuman yang mujarab ialah susu atau coklat panas.

 

 

 

 

 

Bau Badan

Masalah bau badan memang tidak menyenangkan. Masalah tidak akan selesai setakat menyemburkan minyak wangi ke tubuh kerana bau badan yang bercampur dengan minyak wangi akan menyebabkan bau semakin teruk.

Petuanya : Ambil sebiji timun muda dan kupas kulitnya. Cuci dan kemudian gosokkan ke bahagian badan yang sering berpeluh itu. Lakukan amalan ini setiap kali lepas mandi

 

 

 

Mulut Berbau

Ambil 10 kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih . Tumbuk ramuan ini sehingga lumat . Gosokkan pada gigi dan berkumur sebanyak mungkin . Amalkan selalu sehingga bau mulut hilang.

 

 

 

Mencegah Sakit Gigi

Selepas menggosok gigi , ambil garam halus dan gosokkan pada gigi setiap pagi. Ianya dapat menghindarkan sakit gigi dan mulut.

 

 

 

 

 

Menyegarkan Mata

Mata yang segar menunjukkan kesihatan yang baik. Ambil seuncang the yang sudah digunakan , sejukkan dan tekapkan pada kelopak mata .

 

 

 

Mengetatkan kembali faraj

Ambil biji petola dan peria dan biji durian. Tumbukkan ramuan ini. Kemudian masukkan ke dalam kain dan bungkus . tekapkan pada faraj satu hingga dua jam sehari . Lakukan beberapa hari , ianya berguna untuk mengetatkan faraj dan mengecutkan rahim.

 

Menghilangkan luka selepas bersalin

Amalkan meminum sup haruan yang direbus dengan halia , lada hitam dan sedikit garam. Untuk luka dibahagian luar pula sapukan air gamat dan rebusan air daun jambu batu dibahagian luka . ia juga sesuai digunakan untuk mencuci bahagian sulit. Lakukan amalan ini sehingga sembuh.

 

 

 

Menghilangkan sakit-sakit di pangkal rahim

Tumbuk segenggam biji kapas dan kemudian campur dengan minyak sapi. Sapu ramuan ini berulang kali . lakukan semasa hendak tidur malam selama tiga malam.

 

 

Senggugut

Ambil 7 biji limau nipis dan campurkan dengan segenggam beras lalu diembun selama satu malam . Minum air tersebut pada waktu pagi sebelum bersarapan . Amalkan petua ini selama tiga hari berturut-turut.

 

 

Melembutkan Tapak Tangan

Ambil secawan kelapa yang telah diparut dan ramas selama beberapa minit . Kemudian biarkan selama beberapa minit. Selepas itu bilaskan dengan telapak tangan .

 

 

 

Mencuci Dalaman Badan Dan Darah Kotor

Ambil halia , ibu kunyit , cekur yang dikisar halus dan didihkan. Kemudian masukkan kulit kayu manis , bunga lawang , bunga cengkih , asam jawa , gula melaka dan secubit garam. Apabila hendak diminum , barulah dicampurkan kuning telur dan madu lebah . Seeloknya diminum awal pagi.

 

 

Menegangkan Buah Dada

Layurkan beberapa daun sirih yang telah disapu minyak kelapa (sebaiknya yang dimasak sendiri) . Tekap bahagian daun yang berminyak pada buah dada dan balut keseluruhannya kecuali putting . Apabila daun sejuk , gantikan dengan yang lain. Buat 3 kali sehari dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.

 

 

 

Merawat Kencing Manis

Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering , keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbuk sehingga hancur . Campurkan ke dalam air panas dan minum selama seminggu .Anda juga boleh menggunakan air rebus pokok belimbing tanah/bukit untuk diminum selama dua bulan. Kalau tidak berkesan juga, ambil lima kulit buah jering (tanpa isi) dan goreng tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga halus dan hancur ke dalam air serbuk kopi untuk diminum dua hari sekali.